Ya Allah.Berikanlah hamba seorang putera yang cukup kuat bagi mengakui kelemahannya,tabah dan bannga dalam kekalahan,jujur dan rendah hati dalam kemenangan.
Berikanlah hamba seorang putera yang boleh mewujudkan cita-citanya dan tidak hanya tengelam dalam angan-angannya.
Seorang putera yang sedar bahawa mengenalmu dan mengenal diri sendiri adalah landasan segala ilmu dan pengetahuan
Ya Allah, janganlah pimpin puteraku di jalan yang mudah dan lunak,tetapi bimbinglah dia ke jalan yang penuh rintangan dan godaaan,kesulitan dan tentangan.
Bimbinglah dia untuk tetap tegak dalam badai dan kasih sayang kepada mereka yang tidak berdaya,ajarlah dia berhati tulus ikhlas dan bercita-cita tinggi,boleh memimpin diri sendiri sebelum mempunyai kesempatan memimpin orang lain.
Berikanlah hamba seorang putera yang mengetahui erti tawa ceria tanpa melupakan makna tangis duka.Seorang putera yang boleh memandang jauh ke masa depan tetapi tidak melupakan masa silam.
Apabila semua ini menjadi miliknya,anugerahlah dia kejenakaan supaya dia dapat berusaha bersumgguh-sungguh dan dapat pula menikmati hidupnya.
Anugerahlah dia kerendahan hati supaya selalu ingat bahawa keagungan yang sejati.Senantiasa sederhana.kearifan yang sebenarnya.......senantiasa ikhlas dan kekeutan yang sebenar....senantiasa lembut.........
Akhirnya apabila semua ini terwujud hamba sebagai ayahnya memberanikan diri berbisik:..........
"HIDUPKU TIDAK SIA-SIA......"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan